Menu
Angka Greek PeneranganSetiap unit (1, 2, .., 9) ditetapkan dengan huruf berlainan, setiap puluh (10, 20, ..., 90) dengan huruf berlainan, dan setiap ratus (100, 200, …, 900) dengan huruf berlainan. Ini memerlukan 27 huruf, jadi abjad Yunani yang hanya mempunyai 24 huruf ditambah dengan 3 huruf lama: digamma ϝ,(stigma ϛ juga digunakan atau, dalam bahasa Yunani modennya, στ) untuk 6, qoppa ϟ untuk 90, dan sampi ϡ untuk 900.[2] Bagi membezakan angka dari huruf, satu simbol ( ʹ ) yang dikenali sebagai keraia (κεραία, "bentuk seperti tanduk") akan diletakkan di bahagian kanan, ia sama dengan tanda tirus ( ´ ) tetapi dengan karakter unicode khas (U+0374).
Sistem abjad ini beroperasi dengan prinsip penambahan di mana nilai angka untuk setiap huruf ditambah untuk membentuk jumlah nilai. Contohnya, 241 diwakili oleh σμαʹ (200 + 40 + 1). Contoh yang terkenal ialah 666 (nombor binatang), yang diwakili oleh χξϛʹ (600 + 60 + 6) dalam manuskrip buku ilham pada zaman Pertengahan.
Untuk menunjukkan nombor dari 1,000 hingga 999,999, huruf yang sama diguna semula untuk membentuk ribu, puluh ribu, dan ratus ribu. Simbol "keraia kiri" (Unicode U+0375, ‘tanda rendah angka Yunani’) diletakkan pada bahagian depan nombor dalam ribu untuk membezakannya dari penggunaan piawai. Contohnya, 2010 diwakili oleh ͵βιʹ (2000 + 10).
Huruf | Nilai | Huruf | Nilai | Huruf | Nilai | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
αʹ | 1 | ιʹ | 10 | ρʹ | 100 | ||
βʹ | 2 | κʹ | 20 | σʹ | 200 | ||
γʹ | 3 | λʹ | 30 | τʹ | 300 | ||
δʹ | 4 | μʹ | 40 | υʹ | 400 | ||
εʹ | 5 | νʹ | 50 | φʹ | 500 | ||
ϝʹ atau ϛʹ atau στʹ | 6 | ξʹ | 60 | χʹ | 600 | ||
ζʹ | 7 | οʹ | 70 | ψʹ | 700 | ||
ηʹ | 8 | πʹ | 80 | ωʹ | 800 | ||
θʹ | 9 | ϟʹ | 90 | ϡʹ | 900 |
Dalam bahasa Yunani moden, huruf besar lebih diutamakan, seperti dalam cara menulis Philip II = Φίλιππος Βʹ.
Menu
Angka Greek PeneranganBerkaitan
Angka Angkatan Tentera Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Angka Khmer Angkatan Pertahanan Israel Angkasawan Angkatan Islam Singapura Angkatan Tentera Amerika Syarikat Angka RumiRujukan
WikiPedia: Angka Greek